Thursday, January 17, 2019

Architecture Tips Di UiTM

Assalamualaikum!

Hari ini saya nak bercerita tentang architecture di UiTM. Sem depan, saya akan menjadi pelajar Part 4 di UiTM Seri Iskandar. Sepanjang saya belajar architecture, macam-macam berlaku dan akhirnya saya makin mengenali dunia.

Hehe. Mungkin cliche, tapi betul apa yang saya cakap.

After tamat sekolah, kalian akan dapat result SPM dan apply UPU. Siapa yang apply for Architecture in UiTM, yang layak akan dipanggil untuk interview.

And then kalian akan dapat surat tawaran yang mengatakan tarikh admission kalian adalah dalam bulan September. So you all have like around 5 months before entering university. Just say goodbye to your friends and move on with your life.


GET A JOB
Prepare duit yang banyak. Apply scholarship mahupun PTPTN. Kalau yang takut nak buat pinjaman PTPTN, make sure to study real hard and turn that pinjaman into biasiswa. Kalau ada soalan tentang PTPTN sila lah tanya.

        Architecture sangat-sangat lah memerlukan duit yang banyak. Begitu juga dengan semua Arts course yang lain. Kenapa?

1. Beli Tools And Media
Pens, pencils, markers, T-square, Set square, templates, compass, hot glue gun, watercolor, poster color, dan banyak lagi tools yang saya sendiri belum terokai.

2. Bahan untuk model
Bahan ni bergantung pada project masing-masing. Selalunya memang akan kutip bahan dekat tepi sampah. Kadang-kadang minta sampah dari orang lain. Archi students treasure are from others trash. Sebab we can make new beautiful things from junks.

         Tapi, kalau beli baru memang mahal lah. Plywood, balsa wood, perspex, aluminium sheet, zinc sheet, polystyrene, etc.

3. Drawings
Kertas. Lecturers akan bagitahu requirements. Kertas saiz berapa, kertas jenis apa. Selalunya kami pakai watercolor paper, supaya senang nak watercolor. Ada marker paper, butter paper, etc. Saiz juga memainkan peranan dalam harga. A0, A1, A2, A3...

4. Printing
Ni sedih kalau kena buat banyak kali... sebab memang paling sakit bila nak bayar. Kena pandai banding harga kedai. Selalunya kami desperate pergi kedai mahal, bila kedai yang murah penuh atau printer rosak.

Conclusion di sini: Silalah kumpul duit, sebab memang malu nak minta duit pada mak ayah. Ada rasa bersalah bila nak minta, tapi nanti kerja tak jalan or perut berlapar bila tak ada duit.


PRACTICE DRAWING

Masa first sem, kena belajar proportion, so belajarlah sendiri macam mana nak lukis badan manusia etc. Kadang-kadang belajar sendiri lagi seronok dari tunggu guru yang mengajar sebab kita ada kebebasan begitu.

Rajin-rajin buka youtube, pinterest etc.

Melukis memang seronok, tapi belajar untuk set deadline supaya dapat biasakan diri untuk tepati masa.


Sekian... sampai di sini sahaja hari ini, terima kasih!